~~ PULAU AMAN DAY 1- PULAU PINANG ~~

04/01/2019 (Pulau Aman- Pulau Pinang)


Cik bunga her first year birtday gift.. Alhamdulillah sangat2 berbaloi dan memudahkan kami nak kemana2.. hehehe. Ada rezeki we go some where ok Dear Chenta Dahlia

Day 1

#DRreview: Percutian kalini kami memilih Pulau Kecil yang saya percaya masih ramai tak tahu.Iaitu #Pulauaman yang terletak di Pulau Pinang. Lokasinya terletak antara Bukit Tambun dan Batu Kawan. Alah Batu Kawan dekat denga IKEA yang baru dibuka.Pulau ni bukanla sebesar Langkawi dan do not expect banggunan2 besar or shopping mall ya.. sebab pulau ni adalah penempatan nelayan yang hanya diduduki sekurang2nya 50 buah keluarga dan hampir kesemuanya orang Melayu. Perjalanan naik bot laju mngambil masa 10 minit je,dari jetty batu musang dah boleh nampak perkampungan nelayan pulau aman. Di sini korang boleh enjoy seni rumah kayu. Paling best sambutan orang kampung yang ramah, dan boleh melihat kegiatan nelayan like menyalai ikan dan udang dan banyak lagi aktiviti menarik. Kami datang pada musim penduduk kampung mengisi masa lapang diorang cari siput 😆😆😆. Teringat kenangan masa kecik kutip dan cari kerang,siput dan mcm2 la bila air surut kat rumah adik abah makwo kat setiawan.. Enjoy wieeeee,ikutkan nak je join diorang tapi apakan daya den ni omak anak sorang 😂😂😂 .Orang luar pun sanggup dtg jauh2 nak cari siput..Based in his strory, mereka datang just for fun,.... 













How cute anaK2 sini hehehe inilah aktiviti mereka.. 



Pemandangan dari lensa camera nikon adik Farah.. Ondway kami atas boat dah boleh nampak perkampungan Pulau Aman.. 



Bydway, rumah2 kat sini takdela besar2.even our chalet pun sedang2. Dan betul2 belakang jetty dan depan sekolah rendah. Suasana yang sangat nyaman,ditambah org kg sangat peramah.. Cuma 1 je,sini panas lit2 😛😛😂😂 .yela dekat dengan lautkan. So be ready segala kipas hokeeeey!! Makanan kat sini semua fresh seafood.so korang boleh enjoy makan seafood dengan harga yg murah,just because kami datang masa Musim Perayaan CNY so price mahal sikit. Tapi masih berbaloi. Ramai gak yg datang untuk memancing. Like 1 day trip sbb pulau ni kecik . Jalan kaki dah boleh explore 1 pulau. Pengankutan penduduk sini pun basikal dan moto je. But most of them jalan kaki. Pada yang nak sewa basikal electric pusing2 satu pulau pun boleh dan disediakan.. Pada peminat kaki pancing korang boleh datang sini hokeeey. Kaki pancing juga boleh sewa rumah atas air untuk activity fishinh. Tak silap RM100 untuk semalam. Kelengkapan masak semua lengkap. 




Kami sampai agak lewat so tak banyak aktiviti kami melainkan cari tempat makan. Kat sini kedai makan tutup awal ya just ada 1 kedai je buka waktu malam,I warning awal2 kedai makan malam hanya jual makanan berlauk.dan pembeli utama penduduk sini juga. 😂😂😂 selalunya lunch je makanan belauk org jual di sini waktu malam. Takde masakan panas goreng2. So pada yg nak dtg sini be prepared ,be ready sediakan makanan kudap2 korang pada yg nak bermalam kat sini. Yg datang balik hari tak perlu risau.. 😉😉


Cik bunga really enjoy her first experiance at Pulau Aman... 
Ma walaupun penat but she manage to ikut kami.. hehehe she said definitely will come again but this time nak sewa rumah atas air lak.. Mak kami ni suka menacing tau.. hehehe 




Kat sini kambing & rusa memang menjadi pilihan orang-orang kampung sebagai haiwan peliharaan. Semasa bersiar-siar, anda akan dapat banyak kambing & rusa peliharaan sekitar kampung. Perkara lucu bila adik bongsu lepak depan chalet mlm kami kat sini terkojut berok nampak rusa besar 😂😂😂😂.. ingatkan 👻👻👻 Disebabkan tak bnyak boleh buat waktu malam melainkan aktiviti stargazing so for those yang acah2 instafemes ke yg gila like ke jangan dilepaskan peluang korang abadikan gambar menarik jutaan bintang di langit Pulau Aman di lensa kamera anda. Oleh kerana anak den tido awal so den pun join skali. Bangun2 pkul 1230 am.ingatkan 4 pagi hahahaha.. so den merajinkan diri buat karangan ni..


One the best mural.... Adik bongsu dah macam penduduk asal sini dah heheh


Satu perkara menarik tentang Pulau Aman ialah semasa bersiar-siar sekitar kampung, anda akan dapati banyaknya papan tanda nama-nama jalan padahal ianya hanyalah sebuah kampung yang hampir tiada kereta melalui jalan-jalan kampungnya. Nama-nama jalan dinamakan sempena nama tokoh yang dikenali penduduk kampung.
Di pulau aman ada masjid, sebuah klinik kesihatan untuk penduduk Pulau Aman, sekolah rendah,dewan orang ramai dan taman bimbingan kanak2... Untuk pelajar sekolah menengah mereka akan bersekolah di luar pulau. Kiranya pagi2 depa kena naik boat seberang darat lepas tu naik kenderaan ke sekolah. Ada juga yang bersekolah disekolah asrama. Lebih menarik, di setiap rumah penduduk juga terdapat bot milik mereka yang menjadikan aktiviti menangkap ikan sebagai sumber pendapatan utama selain sebilangan kecil menjadi peniaga.In the same time, antara aktiviti ekonomi utama di Pulau Aman adalah pelancongan menerusi aktiviti inap desa serta mengusahakan chalet-chalet persendirian untuk disewa pengunjung yang ingin bermalam di situ. Dari Perkampungan Pulau Aman kami boleh nampak Jambatan ke-2 Pulau Pinang.. Serius cantik sangat2 pemandangan kat sini. Kami takkan lepaskan peluang lagi datang sini,



Price for boat 💸💸💸
Adult: Return RM7
Kid : Return RM4
Sehala RM4

How to get Pulau Aman by Car 🚗🚗🚗

Dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara Selatan, cari susur keluar Bukit Tambun/Batu Kawan. Selepas melalui tol, lalui simpang ke Pulau Aman dan ada papan tanda bertulis Jeti Pulau Aman. Ikuti papan tanda dan seterusnya sampai ke Jeti Batu Musang.
Sila Klik Untuk Tengok Google Map : https://goo.gl/xBrr9g


To be continue next blog.....

Comments

Popular posts from this blog

:: PULAU KETAM : ~~~ Cik Bunga off to Pulau Ketam ~~~~