PULAU AMAN- PULAU PINANG








Day 2.

Hari kedua kami kat sini juga hari terakhir kami bercuti di Pulau Pinang. Walaupun percutian singkat tapi amat bermakna untuk keluarga kecil kami. Seawal pagi, Encik Husband dah bawa Cik bunga pusing2 pulau hahaha dengan tak mandi lagi kan. Nyaman sangat.. jauh dari kesibukkan kota, walaupun panas . Pagi ni kami breakfast kat tempat yang sama kami makan mee udang semalam. We decide nak naik basikal electric alah2 motor besar hehehe. Cik bunga sampai tertidur atas moto syok kena anginkan..





Disebabkan kami sampai lewat petang , tak sempat untuk kami lawat sekeliling Pulau. So dikesempatan ni, kami pun sewa basikal elektick besar .. Pusing2 Pulau. Tempat pertama saya dan husband nak pergi Telaga Emas.. Apa yang menarik agaknya ya.. Berjalan kaki kesana , agak penat sikit, Perjalanan ke sana akan menyusuri rumah2 penduduk kampung. Mereka akan bertegur sapa dengan kita tanpa kita yang memulakannya.. Pulau Aman terkenal dengan kewujudan Telaga Emas dan pokok sukun tertua. Mengikut sejarah, telaga itu digali oleh seorang penduduk pada tahun 1789 untuk kegunaan sendiri, namun beliau menjumpai batu yang berkilauan seakan emas.Ketika menggali telaga itu, pemuda berkenaan menjumpai batu berkilau-kilau seakan-akan berwarna emas. Perkara itu sampai ke pengetahuan British dan sebagai pihak berkuasa yang memerintah, British bertindak mengawal telaga berkenaan.Sikap tamak British, meraka telah mengambil ketul-ketul batu berkenaan untuk diuji, malangnya batu itu tidak cair menjadi emas dan tinggallah telaga berkenaan dalam keadaan itu sehingga ke hari ini...Apa2 pun Telaga Emas ni banyak jasa kepada penduduk di Pulau Aman. Ia membekalkan sumber air terutama ketika musim kering dan kemarau.
Air di telaga itu tidak pernah putus sejak ia digali dan lebih unik lagi apabila air tawar dalam telaga dan air masin dari laut tidak bercampur walaupun terletak bersebelahan antara satu sama lain.Melihatkan telaga ini menjadi tumpuan pengunjung, termasuk pelancong yang berkunjung ke pulau ini, telaga ini ditambah baik dan digali lebih luas, Encik suami tak lepas nak cuba rasa air Telaga emas ni. Betul tak tipu, air telaga ni tak masin walaupun bersebelahan dengan air laut. 

Pulau Aman mempunyai satu lagi keunikan iaitu kewujudan sebatang pokok sukun yang ditanam pada tahun 1890 oleh seorang guru agama, Tok Awang Akib. Pokok itu disahkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sebagai pokok sukun tertua di Malaysia.Pulau Aman terkenal dengan buah sukun kerana ramai berpendapat buah sukun yang ditanam di pulau ini enak dan tidak sama dengan sukun yang ditanam di tempat lain. Malah, ada pihak yang pernah membawa benih buah sukun dari pulau ini untuk ditanam di kawasan lain, namun rasanya tidak sama seperti pokok di Pulau Aman. Katan mereka la.. kami tak sempat nak rasa keenakkan buah sukun ni. hehehe Mungkin kerana tanah di kawasan pulau ini yang bercampur dengan air masin menyebabkan buah sukun di pulau ini lebih sedap dan berlemak. so this is referring to Buah sukun have potential untuk dijadikan industri hiliran penduduk kampung yang mengusahakan kerepek sukun untuk dijual..

Terbaca sebuah artikel mengenai Pulau Aman ,bila kewujudannya, dan kami sempat bertanya kan soalan ni pada penduduk kampung.sejarah mengenai Pulau Aman diceritakan secara lisan oleh orang tua-tua dahulu, yang mendakwa pulau itu dibuka pada abad ke-17 iaitu sebelum tertubuhnya Pulau Pinang. Cerita yang menjadi turum temurun diceritakan orang lama mendakwa pulau itu dibuka oleh kerabat diraja Kedah bernama Tengku Sulong, yang berkahwin dan beranak-pinak di pulau berkenaan. Kerabat di Raja yang dikenali Tengku Sulong datang ke pulau ini selepas beliau merasakan Pulau Aman adalah tempat yang sesuai untuknya menjauhkan diri daripada keluarganya di Kedah. Tengku Sulong dikatakan merajuk selepas tidak ditabalkan sebagai Sultan pada ketika itu berikutan tempatnya digantikan dengan adiknya.Dengan itu sekali gus mengecilkan hati anak Raja ni.. Baginda yang kemudian nekad meninggalkan Kedah. Selepas lama bermastautin di pulau ini bersama isterinya, baginda dikurniakan beberapa orang anak dan seorang daripadanya adalah Tengku Hamid. Justeru, dari keturunan Tengku Hamid yang membawa sejarah keturunannya hingga ke hari ini di pulau ini.. Selain dari itu,selepas British bertapak di Pulau Pinang, perompak dan lanun dikatakan bermaharajalela di laut dengan menjadikan Pulau Gedung yang juga sebahagian Pulau Aman sebagai tempat untuk meletakkan barangan dagangan yang dirompak mereka.Pulau Gedung menjadi 'lubuk' tempat lanun ini berehat sehinggakan ada satu kawasan di Pulau Gedong diberi nama Batu Perompak... Kami tak berkesempatan nak melawat Pulau gedung seperti yang diperkatakan.. Ini tandanya kami kena datang sini lagi.. wink wink wink... hehehe


Hakikatnya kedudukan Pulau Gedung dan Pulau Aman adalah bersebelahan dan ia boleh dilihat dengan jelas dari Jambatan Pulau Pinang. Bagaimanapun, hanya Pulau Aman yang berpenghuni kerana penduduk meninggalkan Pulau Gedung selepas ia menjadi sarang persembunyian lanun pada abad ke-18.. Mesti banyak harta karun ni hehehe Bydway ada yang mengatakan Ketua Polis Negara yang pertama, Tun Mohamed Salleh Ismael juga berasal dari Pulau Aman.. Atleast ada banyak perkara yang boleh dibanggakan Penduduk Pulau Aman, walaupun Pulau ni takde lah besar sangat. 

Its time to say Good bye.. InsyaALLAH will come again .. Pengalaman yang sangat bermakna untuk keluarga kecil kami. Definitely will come again.. Ok done 1 of our bucket list.. 




OK 10 PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN DI PULAU AMAN....

1.  Menginaplah di Challet di Pulau Aman, Merasai keindahan dan kedamaian Pulau ini, Percayalah sangat tenang dan AMAN seAMAN nama pulau ini. 

Antara No. Contact yang boleh dihubungi.. 013-540 8238 ( Homestay kami menginap )
  • 019-409 0945
  • 019-305 5014 , 017-579 1963, 017-579 6796 ( Homestay Aljannah )
  • 019-506 7052.  019-409 0945 ( Homestay Melati)
Atau boleh ke Link FB https://www.facebook.com/DAman-Budget-HotelPulau-Aman-436142160066123/   untuk pertanyaan lebih lanjut tentang challet dan aktiviti di Pulau Aman. 


2. Merasai suasana KampungAda lebih kurang 50 buah keluarga dan hampir kesemuanya orang Melayu. Di sini anda boleh lihat seni rumah kayu, sambutan orang kampung yang ramah - tamah, kegiatan nelayan, melihat penduduk kampung menyalai ikan dan udang dan banyak lagi aktiviti menarik. )

3. Melihat pokok sukun ( Setiap tempat mesti ada sejarahnya tersendiri, so dekat Sini pun ada sejarah mereka.. )

4. Telaga Emas

5. Nama2 Jalan ( Satu perkara menarik tentang Pulau Aman ialah semasa bersiar-siar sekitar kampung, anda akan dapati banyaknya papan tanda nama-nama jalan padahal ianya hanyalah sebuah kampung yang hampir tiada kereta melalui jalan-jalan kampungnya. Nama-nama jalan dinamakan sempena nama tokoh yang dikenali penduduk kampung.)

6. Aktiviti memancing ( Tak perlu datang ke Pulau Aman dari Jetty Musang pun dah ramai kaki pancing berderet2 tepi laut.. dengan mata kail, pancing mereka.. Lagi best datangla Pulau Aman utk pancing lak.. )

7. Melihat ternakan rusa  dan kambing. (Tak ada rezeki kami nak lihat rusa.. huhuhu adik bongsu kami dapat  tengok rusa depan2 ) 

8. Nikmati makanan laut yang sedap, murah dan fresh.. ( Aktiviti ni antara yang paling best antara yang best. Pada yang suka makan seafood please jangan lepaskan peluang ni...) 

9. Stargazing ( Serius wieee. Waktu malam kat sini kalau tak hujan dapat tengok bintang dengan sangat jelas. Dan dari jauh boleh nampak jambatan Pulau Pinang ke2.. Sangat2 cantik. Dekat KL susah nak tengok bintang so dikesempatan ni kami nikmati bintang2 ni.. ) 

10. Bawa pulang cenderahati , atau hasil2 penduduk Pulau Aman... ( Antaranya belacan yang dijamin halal dan bersih. Sempat beli beberapa buku belacan,, ikan masin, keropok2..Disebabkan perjalanan kami masih jauh so, takde rezeki nak beli fresh seafood yang murah.. ) 


Comments

Popular posts from this blog

~~ PULAU AMAN DAY 1- PULAU PINANG ~~

:: PULAU KETAM : ~~~ Cik Bunga off to Pulau Ketam ~~~~